Rabu, 6 Mei 2009

KULIAH MINGGU PERTAMA

SUBJEK : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
KOD : GGGB5023
PENSYARAH : DR. SITI FATIMAH MOHD YASSIN
TARIKH : 20 APRIL 2009 (KULIAH 1)

MATLAMAT DAN RINGKASAN KANDUNGAN KURSUS

Kursus ini meliputi definisi, kepentingan, tatacara dan pelbagai kaedah penyelidikan yang boleh digunakan dalam menjalankan kajian tindakan; analisis dan interpretasi data; kupasan dapatan kajian dan laporan kajian serta penyediaan kertas cadangan dan pelaksanaan kajian tindakan.

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan ini melibatkan proses pengumpulan data iaitu mengumpulkan data-data yang berkaitan dengan perkara yang mahu dikaji. Daripada data-data yang dikumpulkan, ia akan diproses menjadi maklumat. Maklumat yang dikaji dan dianalisis pula akan menjadi pengetahuan. Akhirnya, hasil daripada kajian yang dilakukan, akan terhasillah kesan atau hikmah.

DATA - MAKLUMAT - PENGETAHUAN - HIKMAH

Sebelum melakukan suatu kajian, proses pertama yang perlu dilakukan ialah mengenal pasti perkara atau permasalahan yang ingin dikaji tersebut. Selepas masalah dikenal pasti, maka kajian kepustakaan pula dilakukan iaitu merujuk kepada kajian-kajian terdahulu dan sumber-sumber ilmiah yang berkaitan.

Selepas itu pendekatan kajian bagi permasalahan yang mahu dibuat ditentukan. Kemudian segala data yang berkaitan dikumpulkan dan dianalisis. Selepas itu dapatan dan implikasi kajian dibincangkan dan akhir sekali keputusan dan dapatan kajian dilaporkan. Sesuatu kajian itu dilakukan bagi mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan