Selasa, 26 Mei 2009

aktiviti kuliah 6

SUBJEK : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
KOD : GGGB5023
PENSYARAH : DR. HALIMAH HARON
TARIKH : 25 MEI 2009 (KULIAH 6)

Aktiviti Kuliah 6
Ulasan 1 Tajuk Kajian Tindakan Dari Seminar Serantau
Tajuk: Perbandingan Kesan Dua Kaedah Pengajaran Bahasa Arab antara Kaedah Nahu Terjemahan dengan Kaedah al-Sam'iyah al-Syafawiyah di Ma'ahad Hamidiyah Kajang.
Pembentang: Dr Maimon Aqsha Lubis (UKM)
Tempat: Sri Menanti
Tarikh: 21 Mei 2009
Masa: 8.30pg-8.50pg

1. Kenapa?
-Untuk melihat kaedah terbaik untuk pengajaran Bahasa Arab bagi pelajar di sekolah iaitu antara kaedah al-Sam'iyah Syafawiyah dan kaedah Nahu.

2. Apa?
-Kajian tentang dua kaedah ini untuk melihat perbandingan kesan daripada kaedah yang digunakan. Kedua-dua kaedah ini ada pro dan kontra iaitu:
*Nahu terjemahan : Pandai baca, mahir nahu tetapi tidak mahir cakap.
*al-Sam'iyah syafawiyah : Pandai cakap.

3. Bagaimana?
-Kajian dilakukan dengan cara melakukan kajian di Maahad Hamidiah kajang keatas 158 orang pelajar tingkatan empat.
-Kenalpasti ciri-ciri dan langkah-langkah nahu dan al-sam'iyah syafawiyah.
-Perbandingan kesan dilihat dari sudut kekuatan dan kelemahan kedua-dua kaedah ini.

4. Prosedur?
-Prosedur kajian yang dilakukan melalui kaji selidik dan pemerhatian.

diulas oleh:
Mohd Fa'izi bin Basar
Anis Firdaus bin Abdul Majid

Jumaat, 15 Mei 2009

KULIAH KEEMPAT

SUBJEK : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
KOD : GGGB5023
PENSYARAH : DR. SITI FATIMAH MOHD YASSIN
TARIKH : 11 MEI 2009 (KULIAH 4)

Kajian Kepustakaan

Pengertian Kajian Kepustakaan.

- Kajian pustakaan adalah satu proses umum yang dilakukan didalam satu penyelidikan demi mencari penemuan satu teori.


- Menurut Consuelo G. Sevilla, dkk ( 1993 :31 )
• Menyediakan kerangka konsepsi atau kerangka teori untuk penelitian yang direncanakan.
• Menyediakan informasi tentang penelitian yang sudah dilakukan yang berkait dengan penelitian yang akan dilakukan.
• Membangkitkan kepercayaan diri.
• Memberikan informasi tentang metode penelitian, populasi dan contoh instrumen pengumpulan data dan analisa statistik yang digunakan oleh penelitian sebelumnya.
• Menyediakan kajian dan kesimpulan penyelidikan tersebut, sebelum dikaitkan dengan penemuan dan kesimpulan peneliti.
- Menurut Donald Ary, dkk ( 1982 : 96 )
• Pengetahuan tentang penelitian terdahulu yang relaven, memungkinkan peneliti dalam menetapkan batas-batas hasil penyelidikanya.
• Pemahaman teori dalam suatu bidang membolehkan hasil penyelidikan menentukan permasalahan dalam perspektif yang tepat.
Tujuan Kajian Kepustakaan

- Tujuan utama : untuk membantu penelitian mengembangkan pengertian serta wawasan yang mendalam tentang hal-hal yang telah dilakukan serta kecenderungan yang terhasil.

- Tujuan khusus ( Ardhana, 1987 :82 )
• Membantu menyelesaikan masalah penyelidikan.
• Mencari pendekatan terkini.
• Menghindari pendekatan yang lama ( STERIL).
• Mempunyai wawasan terhadap metode.
• Rekomendasi untuk penelitian selanjutnya.
• Pengambilan contoh yang terkini.
1) SUMBER KEPUSTAKAAN

- Kepustakaan konseptual
• Artikel-artikel
• Buku-buku
- Penelitian Perpustakaan
• Laporan penyelidikan yang telah diterbitkan.
2) STRATEGI KAJIAN PERPUSTAKAAN

- Langkah-langkah pelaksanaan kajian perpustakaan ( Ardhana, 1987 :84 )
• Membuat daftar kata kunci.
• Melakukan pemeriksaan terhadap sumber yang lepas.
• Membuat catatan.
- Judul buku, majalah atau pelbagai sumber yang lengkap dengan nama pengarang/penulis, penerbit dan tahun dikeluarkan.
- Topik atau masalah yang dikaji atau dibahas.
- Subjek dan lokasi serta hasil pembukuan penyelidikan dilakukan.
- Hasil karya serta perkara yang dibahaskan.
- Implikasi.
- Komentar.

Sumber Rujukan : http://www.scribd.com/doc/6611023/04-Kajian-Pustaka


MEMBANDING BEZA

Perincian Isi Kandungan


1 Definisi

Definisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza-beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Dapatlah dirumuskan bahawa:

Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami

2. Tujuan

Antara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar:
• mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak
• mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah
• menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
• mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit
• meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka
• bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.

3. Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir

Apakah komponen utama kemahiran berfikir (KB)?

Komponen utama KBKK:

Berfikir secara kritis,

Berfikir secara kreatif.

Apakah kemahiran berfikir secara kritis?

KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.

Apakah kemahiran berfikir secara kreatif?
• Kecekapan menggunakan minda untuk,
• menjana dan menghasilkan idea,
• mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.
• menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah seacara inovatif.
Apakah contoh-contoh kemahiran berfikir bagi setiap komponen itu?

Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis:
• membanding dan membeza:
• membuat kategori,
• meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
• menerangkan sebab.
• membuat sekuen / urutan.
• menentukan sumber yang dipercayai,
• membuat ramalan,
• mengusul periksa andaian,
• membuat inferens
Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:
• mencipta analogi
• menjana dan menghasilkan idea baru
• mencipta metafora,
Bagaimanakah dengan kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah?

Kedua-duanya termasuk ke dalam komponen berfikir secara kritis dan komponen berfikir secara kreatif.


4. Alat berfikir

Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih tersusun,luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu.

Di sini dikemukakan empat alat yang boleh digunakan untuk meningkatkan ketrampilan berfikir iaitu:
• Soalan dan Penyoalan
• Peta minda
• Pengurusan Grafik
• CoRT
• Alat-alat berfikir ialah instrumen yang boleh membantu kita membuat pengurusan lisan , mengurus pemikiran secara visual dan terkawal.
Sumber Rujukan : http://ramlanhamzah.tripod.com/RM/id1.html

ANALISIS

Analisis dilakukan dengan mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat. Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian-bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat. Proses ini merupakan satu kemahiran yang kompleks yang memerlukan beberapa ciri kemahiran berfikir.

MENILAI

Menilai di sini bermaksud membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah. Proses ini memerlukan pengkaji untuk meneliti setiap ciri-ciri kajian tindakan ketika tinjauan yang dilakukan.

MEMBUAT RUMUSAN / KESIMPULAN

Seterusnya mengkaji menyimpulkan dengan membuat pernyataan tentang sesuatu hasil kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan. Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong.

Ahad, 10 Mei 2009

KULIAH KETIGA

SUBJEK : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
KOD : GGGB5023
PENSYARAH : DR. MOHD IZHAM BIN MOHD HAMZAH
TARIKH : 04 MEI 2009 (KULIAH 3)

PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Konsep Perubahan Dalam Pendidikan

- Bidang pendidikan telah, sedang dan akan jadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia hadapi cabaran masa depan.

Perubahan dalam pendidikan -- Tidak dapat dielakkan

- Menurut Diver (1996), (The Management of Education Change: A case study approach)- perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.
- Perubahan yang berlaku kadang-kadang mewujudkan ketidakpastian
- Dalam pendidikan, ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku, ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda.

JENIS PERUBAHAN

v Mengikut Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan

1. PERUBAHAN KE ARAH PENINGKATAN

> Perubahan ini memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu
dalam organisasi seperti:
- Berlakunya perubahan dalam struktur organisasi.
- Memperkenalkan teknologi baru.
- Mengadakan program pembangunan staf untuk tingkatkan
komitmen & produktiviti staf.

2. PERUBAHAN STRATEGIK ORGANISASI

> Melibatkan keseluruhan organisasi seperti:
- Mendefinisikan semula peranan organisasi.
- Perubahan nilai teras organisasi.
- Pembentukan semula misi.
- Perubahan struktur & strategi organisasi.
- Mendefinisi semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab
& sistem ganjaran.

1. PERUBAHAN REAKTIF

> Perubahan ini berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan &
pihak berkepentingan (stakeholders) .
- Kepekaan pelanggan & stakeholders terhadap isu-isu persekitaran
dan etika memerlukan organisasi melakukan perubahan.
- Perubahan dari segi prosedur & cara layanan pelanggan hendaklah
dilakukan.

2. PERUBAHAN AKIBAT DARIPADA JANGKAAN

> Perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi
kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu
diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan
kompetitif.

> Antara sebab perubahan ini dilakukan adalah:
- Persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul.
- Persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas
kehendak pelanggan.
- Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah.
- Persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan.
- Perubahan dalam trend tenaga kerja.

> Perubahan dikaitkan dengan Proses Evolusi dan Revolusi.

Perubahan secara evolusi dikatakan sebagai perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang.

Perubahan revolusi adalah yang pantas.
Perubahan yang akan meninggalkan kesan yang membinasakan.

Perubahan Itu Multidimensi

> Sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan
melibatkan pelbagai pertimbangan.
> Antara pertimbangan itu adalah untuk mengenal pasti semua dimensi
yang berkaitan dengan perubahan.

> Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami :

1.Tujuan Perubahan
Perubahan dirancang untuk capai tujuan-tujuan tertentu.
Antara tujuan perubahan adalah untuk mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau system
Perubahan dalam suatu sistem sedia ada melibatkan
2 jenis pindaan :
1. Perubahan yang dibuat untuk kembali kepada keadaan asal yang diinginkan.
2. Perubahan yang dibuat untuk mempertingkatkan pencapaian atau keadaan sistem itu tanpa mengubahnya.

2.Unit Perubahan

Unit perubahan merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang.

Unit-unit perubahan terdiri daripada :
i. Individu.
ii. Kumpulan / Pasukan.
iii. Jabatan.
iv. Organisasi.
v. Sistem Organisasi.
vi. Komuniti.


3.Sifat Perubahan

Daft (1983) berpendapat untuk menghasilkan perubahan pada unit yang lebih besar (peringkat organisasi), perubahan pada peringkat yang lebih kecil (peringkat individu).

Mengubah seseorang individu mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap, tingkah laku atau kedua-duanya sekali.


4.Magnitud Perubahan

Merujuk kepada sejauhmana perubahan yang dirancang akan diimplementasikan.

Istilah seperti perubahan yang komprehensif, sistematik dan dalam skala yang besar sering dikaitkan dengan usaha-usaha untuk melakukan perubahan yang memberi impak besar.

Menurut Chambers (1977), perubahan dalam skala besar akan memberi hasilan yang menarik tetapi sukar diimplementasikan. Manakala, perubahan dalam skala kecil adalah lebih mudah diimplementasikan tetapi tidak menunjukkan impak yang signifikan.


5.Skop Perubahan

Skop terhadap sejauhmana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian.
Hall dan Hord (2001) telah menghasilkan satu instrumen tahap-tahap penggunaan inovasi yang digunakan untuk mengenal pasti respons individu terhadap sesuatu perubahan sikap dan amalan.

6. Jangkamasa Perubahan

Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa perubahan yang memberi kesan berkekalan merupakan perubahan yang berjaya diimplementasikan berbanding perubahan yang memberi kesan sementara.


MODEL-MODEL PERUBAHAN

1. MODEL PENGGABUNGAN ROGER

>> Menurut model Roger, proses inovasi bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenal pasti.

>> Masalah atau keperluan ini mungkin berdasarkan penyelidikan keadaan semasa, kerja makmal, atau jangkaan pembangunan akan datang.

>> Apabila masalah atau keperluan tersebut telah dikenal pasti, penyelidik akan menyiasat permasalahan itu dan bagaimana ia akan diselesaikan. Fasa ini melibatkan eksperimen & ciptaan yang banyak. Seterusnnya menghasilkan inovasi.

>> Rogers (1995) mengakui bahawa inovasi tidak semestinya terhasil dari penyelidikan. Inovasi mungkin terhasil daripada amalan praktikal di mana pengamal mencari jawapan kepada permasalahan yang timbul.

>> Perkara ini dikatakan sebagai knowing-in-action iaitu inovasi yang dihasilkan melalui pengamalan menjadi penting di dalam perubahan pendidikan


2. MODEL KANTER

>> Kanter (1998) menegaskan bahawa struktur & inovasi boleh difahami
dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagikan kepada beberapa
tugas utama. Ada 4 tugas inovasi :

1. Penjanaan Idea
2. Membina Idea
3. Realisasi Idea
4. Pemindahan Idea

3. MODEL RAND

>> Model ini berasaskan kajian yang dijalankan oleh Rand Corporation pada
tahun 1973 – 1978 dengan sokongan Pejabat Pendidikan Amerika Syarikat
mengenai perubahan pendidikan (Berman & McLaughlin 1978)

>> Tujuan utama kajian adalah untuk menentukan faktor yang menyebabkan
atau menghalang perubahan pendidikan.

>> Memandu ke arah pengumpulan data dan analisis.

>> Menurut Berman & McLaughlin, proses perubahan di sekolah melibatkan
3 langkah :

1. Daya usaha ( Initiation )
2. Implementasi
3. Penggabungan

4. MODEL ACOT

>> Model ini berdasarkan Projek Apple Classroom of Tomorrow ( ACOT), kajian
pengenalan komputer di dalam bilik darjah.
>> Pengkaji membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam
pengajaran & pembelajaran telah berkembang secara beransur-ansur.
>> Model ini mempunyai 5 langkah perubahan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, iaitu
1. Kemasukan ( Entry )
2. Memilih ( Adoption)
3. Menyesuaikan ( Adaptation )
4. Penggunaan ( Appropriation )
5. Mereka cipta ( Invention )

Rabu, 6 Mei 2009

KULIAH KEDUA

SUBJEK : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
KOD : GGGB5023
PENSYARAH : DR. SITI FATIMAH MOHD YASSIN
TARIKH : 27 APRIL 2009 (KULIAH 2)

REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN



1. Rancang 2. Tindakan 3. Pemerhatian 4. Refleksi


1 & 2 3. Pengumpulan data 4. Analisis Data 5. Sumbangan kepada
Kajian Kepustakaan bidang pengetahuan.


Aktiviti 1

Selepas bina Bina Insan Guru 2, lakukan refleksi ke atas masalah dalam diri anda:

- Senaraikan penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri anda.
- Rancang pelan tindakan untuk membaiki matlamat dan senaraikan objektif.
- Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil.
- Rancang bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang dilaksanakan.
- Bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang dilaksanakan.
- Bagaimana anda ingin menilai sama ada apa yang dirancang dan dilaksanakan mencapai matlamat dan objektif.

1. Kelemahan Pada Diri:

- Kelemahan dari segi pengurusan masa iaitu sukar mendisiplinkan diri mengikuti masa yang telah ditetapkan.
- Sebagai ketua kumpulan, saya tidak dapat mengawal ahli kumpulan dengan baik dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

2. Penambahbaikan Yang Perlu Dilakukan:

- Perlu mendisiplinkan diri dari segi pengurusan masa, perlu lebih menepati masa dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
- Perlu memperbaiki skil dan kemahiran sebagai seorang ketua; pandai member arahan, bijak mengurus, member motivasi dan lain-lain.

3. Pelan Tindakan

a) Matlamat:

Mengenal pasti masalah dan kekurangan yang ada pada diri serta membentuk jatidiri seorang guru dalam diri.

b) Objektif:

- Memastikan diri berdisiplin sebagai seorang guru.
- Mengelakkan kelemahan daripada berulang lagi.
- Mengatasi kelemahan dan kekurangan diri.
- Memperbaiki jati diri.
- Membentuk sifat kepimpinan dalam diri.

4. Pelan Tindakan

a) Untuk mengumpulkan data, senaraikan kelemahan diri dan minta pandangan serta pendapat rakan-rakan tentang kelemahan yang ada pada diri saya.
b) Menyenaraikan kelemahan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan.
c) Meminta rakan memantau diri supaya apa yang dirancang dilakukan.
d) Meminta bantuan pensyarah dan rakan-rakan memantau diri saya bagi memastikan apa yang dirancang dilaksanakan.


Aktiviti 2: Kumpulan Pendidikan Islam

1. Masalah : (umum)

- Masalah mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari dalam proses pengajaran
- Kurang teknik pengurusan dan pengawalan bilik darjah.

2. Penambahbaikan:

- Menyusun strategi bagaimana mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari selangkah demi selangkah.
- Mendedahkan kaedah/teknik terbaik untuk mengurus dan mengawal bilik darjah.

3. Matlamat:

- Menguasai kaedah yang terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi kemaslahatan ummah

4. Objektif:

- Memahami teori-teori
- Menguasai teori-teori untuk pengajaran
- Mengaplikasi dan mendapat faedah bagi guru dan pelajar

5. Pelan Tindakan:

a) Contoh masalah: subjek bab sirah. Pelajar bosan dan kurang minat untuk belajar sejarah.
b) Bagi mengatasi masalah tersebut: pelbagaikan teknik pengajaran misalnya melalui tayangan video, lakonan, ubah suasana kelas dan kaedah-kaedah lain lagi.
c) Memastikan pemantauan dilakukan dari masa ke semasa
d) Melakukan pernilaian terhadap pelajar (melalui ujian) untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan teknik yang digunakan.
e) Merujuk kepada kajian terdahulu yang pernah dilakukan sebagai penambahbaikan.

KULIAH MINGGU PERTAMA

SUBJEK : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
KOD : GGGB5023
PENSYARAH : DR. SITI FATIMAH MOHD YASSIN
TARIKH : 20 APRIL 2009 (KULIAH 1)

MATLAMAT DAN RINGKASAN KANDUNGAN KURSUS

Kursus ini meliputi definisi, kepentingan, tatacara dan pelbagai kaedah penyelidikan yang boleh digunakan dalam menjalankan kajian tindakan; analisis dan interpretasi data; kupasan dapatan kajian dan laporan kajian serta penyediaan kertas cadangan dan pelaksanaan kajian tindakan.

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan ini melibatkan proses pengumpulan data iaitu mengumpulkan data-data yang berkaitan dengan perkara yang mahu dikaji. Daripada data-data yang dikumpulkan, ia akan diproses menjadi maklumat. Maklumat yang dikaji dan dianalisis pula akan menjadi pengetahuan. Akhirnya, hasil daripada kajian yang dilakukan, akan terhasillah kesan atau hikmah.

DATA - MAKLUMAT - PENGETAHUAN - HIKMAH

Sebelum melakukan suatu kajian, proses pertama yang perlu dilakukan ialah mengenal pasti perkara atau permasalahan yang ingin dikaji tersebut. Selepas masalah dikenal pasti, maka kajian kepustakaan pula dilakukan iaitu merujuk kepada kajian-kajian terdahulu dan sumber-sumber ilmiah yang berkaitan.

Selepas itu pendekatan kajian bagi permasalahan yang mahu dibuat ditentukan. Kemudian segala data yang berkaitan dikumpulkan dan dianalisis. Selepas itu dapatan dan implikasi kajian dibincangkan dan akhir sekali keputusan dan dapatan kajian dilaporkan. Sesuatu kajian itu dilakukan bagi mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah.