Ahad, 10 Mei 2009

KULIAH KETIGA

SUBJEK : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
KOD : GGGB5023
PENSYARAH : DR. MOHD IZHAM BIN MOHD HAMZAH
TARIKH : 04 MEI 2009 (KULIAH 3)

PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Konsep Perubahan Dalam Pendidikan

- Bidang pendidikan telah, sedang dan akan jadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia hadapi cabaran masa depan.

Perubahan dalam pendidikan -- Tidak dapat dielakkan

- Menurut Diver (1996), (The Management of Education Change: A case study approach)- perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.
- Perubahan yang berlaku kadang-kadang mewujudkan ketidakpastian
- Dalam pendidikan, ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku, ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda.

JENIS PERUBAHAN

v Mengikut Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan

1. PERUBAHAN KE ARAH PENINGKATAN

> Perubahan ini memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu
dalam organisasi seperti:
- Berlakunya perubahan dalam struktur organisasi.
- Memperkenalkan teknologi baru.
- Mengadakan program pembangunan staf untuk tingkatkan
komitmen & produktiviti staf.

2. PERUBAHAN STRATEGIK ORGANISASI

> Melibatkan keseluruhan organisasi seperti:
- Mendefinisikan semula peranan organisasi.
- Perubahan nilai teras organisasi.
- Pembentukan semula misi.
- Perubahan struktur & strategi organisasi.
- Mendefinisi semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab
& sistem ganjaran.

1. PERUBAHAN REAKTIF

> Perubahan ini berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan &
pihak berkepentingan (stakeholders) .
- Kepekaan pelanggan & stakeholders terhadap isu-isu persekitaran
dan etika memerlukan organisasi melakukan perubahan.
- Perubahan dari segi prosedur & cara layanan pelanggan hendaklah
dilakukan.

2. PERUBAHAN AKIBAT DARIPADA JANGKAAN

> Perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi
kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu
diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan
kompetitif.

> Antara sebab perubahan ini dilakukan adalah:
- Persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul.
- Persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas
kehendak pelanggan.
- Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah.
- Persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan.
- Perubahan dalam trend tenaga kerja.

> Perubahan dikaitkan dengan Proses Evolusi dan Revolusi.

Perubahan secara evolusi dikatakan sebagai perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang.

Perubahan revolusi adalah yang pantas.
Perubahan yang akan meninggalkan kesan yang membinasakan.

Perubahan Itu Multidimensi

> Sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan
melibatkan pelbagai pertimbangan.
> Antara pertimbangan itu adalah untuk mengenal pasti semua dimensi
yang berkaitan dengan perubahan.

> Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami :

1.Tujuan Perubahan
Perubahan dirancang untuk capai tujuan-tujuan tertentu.
Antara tujuan perubahan adalah untuk mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau system
Perubahan dalam suatu sistem sedia ada melibatkan
2 jenis pindaan :
1. Perubahan yang dibuat untuk kembali kepada keadaan asal yang diinginkan.
2. Perubahan yang dibuat untuk mempertingkatkan pencapaian atau keadaan sistem itu tanpa mengubahnya.

2.Unit Perubahan

Unit perubahan merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang.

Unit-unit perubahan terdiri daripada :
i. Individu.
ii. Kumpulan / Pasukan.
iii. Jabatan.
iv. Organisasi.
v. Sistem Organisasi.
vi. Komuniti.


3.Sifat Perubahan

Daft (1983) berpendapat untuk menghasilkan perubahan pada unit yang lebih besar (peringkat organisasi), perubahan pada peringkat yang lebih kecil (peringkat individu).

Mengubah seseorang individu mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap, tingkah laku atau kedua-duanya sekali.


4.Magnitud Perubahan

Merujuk kepada sejauhmana perubahan yang dirancang akan diimplementasikan.

Istilah seperti perubahan yang komprehensif, sistematik dan dalam skala yang besar sering dikaitkan dengan usaha-usaha untuk melakukan perubahan yang memberi impak besar.

Menurut Chambers (1977), perubahan dalam skala besar akan memberi hasilan yang menarik tetapi sukar diimplementasikan. Manakala, perubahan dalam skala kecil adalah lebih mudah diimplementasikan tetapi tidak menunjukkan impak yang signifikan.


5.Skop Perubahan

Skop terhadap sejauhmana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian.
Hall dan Hord (2001) telah menghasilkan satu instrumen tahap-tahap penggunaan inovasi yang digunakan untuk mengenal pasti respons individu terhadap sesuatu perubahan sikap dan amalan.

6. Jangkamasa Perubahan

Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa perubahan yang memberi kesan berkekalan merupakan perubahan yang berjaya diimplementasikan berbanding perubahan yang memberi kesan sementara.


MODEL-MODEL PERUBAHAN

1. MODEL PENGGABUNGAN ROGER

>> Menurut model Roger, proses inovasi bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenal pasti.

>> Masalah atau keperluan ini mungkin berdasarkan penyelidikan keadaan semasa, kerja makmal, atau jangkaan pembangunan akan datang.

>> Apabila masalah atau keperluan tersebut telah dikenal pasti, penyelidik akan menyiasat permasalahan itu dan bagaimana ia akan diselesaikan. Fasa ini melibatkan eksperimen & ciptaan yang banyak. Seterusnnya menghasilkan inovasi.

>> Rogers (1995) mengakui bahawa inovasi tidak semestinya terhasil dari penyelidikan. Inovasi mungkin terhasil daripada amalan praktikal di mana pengamal mencari jawapan kepada permasalahan yang timbul.

>> Perkara ini dikatakan sebagai knowing-in-action iaitu inovasi yang dihasilkan melalui pengamalan menjadi penting di dalam perubahan pendidikan


2. MODEL KANTER

>> Kanter (1998) menegaskan bahawa struktur & inovasi boleh difahami
dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagikan kepada beberapa
tugas utama. Ada 4 tugas inovasi :

1. Penjanaan Idea
2. Membina Idea
3. Realisasi Idea
4. Pemindahan Idea

3. MODEL RAND

>> Model ini berasaskan kajian yang dijalankan oleh Rand Corporation pada
tahun 1973 – 1978 dengan sokongan Pejabat Pendidikan Amerika Syarikat
mengenai perubahan pendidikan (Berman & McLaughlin 1978)

>> Tujuan utama kajian adalah untuk menentukan faktor yang menyebabkan
atau menghalang perubahan pendidikan.

>> Memandu ke arah pengumpulan data dan analisis.

>> Menurut Berman & McLaughlin, proses perubahan di sekolah melibatkan
3 langkah :

1. Daya usaha ( Initiation )
2. Implementasi
3. Penggabungan

4. MODEL ACOT

>> Model ini berdasarkan Projek Apple Classroom of Tomorrow ( ACOT), kajian
pengenalan komputer di dalam bilik darjah.
>> Pengkaji membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam
pengajaran & pembelajaran telah berkembang secara beransur-ansur.
>> Model ini mempunyai 5 langkah perubahan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, iaitu
1. Kemasukan ( Entry )
2. Memilih ( Adoption)
3. Menyesuaikan ( Adaptation )
4. Penggunaan ( Appropriation )
5. Mereka cipta ( Invention )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan